Bigpay's Logo

Soalan Lazim Untuk Kredit ePemula

Written by

Published 1 year ago

Soalan Lazim Untuk Kredit ePemula

Apakah inisiatif ePemula?

  • ePemula ialah inisiatif kerajaan di bawah Bajet 2022 oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

  • Objektif secara meluas ini adalah untuk mengurangkan beban perbelanjaan belia dan menyokong perniagaan konvensional dalam pemulihan dan meningkatkan adaptasi transaksi tanpa tunai

  • Dianggarkan 2 juta rakyat Malaysia akan mendapat faedah daripada ePemula, di mana Kerajaan menyediakan RM150 kredit e-dompet, untuk digunakan tujuan pembelian tempatan melalui pihak penyedia servis e-dompet.

  • Sebagai tambahan, pihak penyedia servis e-dompet akan memberi insentif tambahan melalui baucar, pulangan tunai, diskaun, mata ganjaran dan ā€˜syilingā€™

Siapakah yang layak untuk ePemula? Kriteria kelayakan untuk individu mengambil bahagian dalam program ePemula adalah:

  1. Warganegara Malaysia, dan

  2. Berumur dari 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir di antara 2002 dan 2004): ATAU

  3. Pelajar sepenuh masa yang berdaftar dengan kursus setara kepada diploma atau SKM4 dan ke atas di dalam institusi pengajian tinggi (ā€œIHLā€) berdaftar dengan salah satu kementerian: Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Luar Bandar, Kementerian Belia dan sukan, Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di mana rujukan terkumpul sebagai ā€œKementerian Berkenaanā€, dengan tiada had umur


Saya berumur 20 tahun, tetapi jadi 21 tahun pada 2022, adakah saya layak untuk program ini? Tidak, rakyat Malaysia yang berumur 21 (lahir pada 2001) dan ke atas tidak layak untuk program ini, sekiranya mereka memenuhi kelayakan pelajar seperti (2(c)) Untuk senarai penuh kriteria kelayakan ePemula, boleh rujuk soalan (2)


Saya akan diserap masuk sebagai pelajar sepenuh masa di IPT tempatan pada akhir tahun ini, adakah saya layak untuk program ini? Pelajar baru yang didaftarkan di institusi pengajian tinggi perlu menjadi sebahagian daripada kemasukan sebagai pelajar sepenuh masa pada kurang daripada 31 Januari 2022 untuk melayakkan diri untuk kredit ePemula Untuk senarai penuh kriteria kelayakan ePemula, sila rujuk soalan (2) Saya adalah bekas pelajar sepenuh masa tetapi belum tamat pengajian sebelum program bermula, adakah saya layak untuk program ini? Ya, pelajar sepenuh masa di daftar di institusi pengajian tinggi yang akan menamatkan pengajian atau sudah tamat pengajian pada kalendar tahun 2022 masih layak untuk menebus kredit ePemula Untuk senarai penuh kelayakan ePemula, sila rujuk soalan (2)


Bilakah program ini bermula, apakah tempoh masa program ini? Bagaimana dengan insentif e-dompet?

  • Pemohan yang layak boleh menebus kredit ePemula sekali, bermula dari 8.00 pagi pada 11 April 2022 ke 11.59 malam pada 10 Jun 2022

  • Setelah ditebus, kredit ePemula mesti digunakan pada 11.59 malam pada 1 Jun 2022, selepas beberapa tempoh, semua kredit ePemula yang tidak digunakan akan dihapuskan dalam e-dompet pemohon secar automatik..

  • Insentif yang diberikan oleh penyedia servis e-dompet yang berkenaan mungkin akan berubah bergantung kepada polisi penyedia masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen khusus untuk maklumat lanjut


Penyedia servis e-dompet yang manakah boleh saya tebus borang inisiatif ini? Penyedia servis e-dompet yang mengambil bahagia dalam program ini ialah:

  1. BigPay;

  2. GrabPay;

  3. ShopeePay; and

  4. Touch ā€˜n Go eWallet.


Apakah langkah yang patut diambil untuk menebus ePemula? Proses pengesahanuntuk pengguna terbaru dan semasa boleh dilakukan melalui aplikasi e-dompet pilihan mereka sendiri. Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet yang mengambil bahagian dalam program ini daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery: Nota: Big Pay adalah berkecuali

Langkah 2: Daftar sebagai pengguna baru atau semasa, ikuti arahan yang dipapar dalam aplikasi e-dompet

Langkah 3: Penyedia servis e-dompet akan mengesahkan pengenalan anda secara elektronik melalui proses ā€œKnow-Your-Customerā€(ā€œeKYCā€)

Langkah 4: Dalam aplikasi e-dompet pilihan anda, berikan maklumat yang diperlukan di dalam muka surat penebusan ePemula dan klik ā€œSubmitā€. Langkah 5: Anda akan diberi diberitahu sekiranya penebusan anda berjaya. Pemohon yang layan hanya boleh menebus kredit ePemula hanya daripada satu penyedia servis e-dompet pilihan mereka. Sila rujuk aplikasi e-dompet yang mengambil bahagian untuk maklumat lanjut berkenaan dengan bagaimana untuk menebus kredit tersebut.


Apakah yang boleh digunakan dengan kredit ePemula bernilai RM150? Anda boleh menggunakan kredit ePemula RM150 ini untuk sebarang transaksi pilihan e-dompet anda di kedai-kedai tempatan fizikal, KECUALI YANG BERKENAAN:

  1. pemindahan pihak-ke-pihak:

  2. pengeluaran wang tunai:

  3. pembayaran aplikasi-bersepadu untuk bill utiliti:

  4. pembayaran aplikasi-bersepadu untuk yuran/pembayaran berkenaan dengan Kerajaan:

  5. pembayaran aplikasi-bersepadu untuk bil pasca bayar telekomunikasi dan tambah nilai servis prabayar:

  6. pembayaran aplikasi-bersepadu pembeilan permainan:

  7. pembayaran aplikasi-bersepadu tempat letak kereta dan/atau pembayaran yuran tol:

  8. pembayaran aplikasi-bersepadu aktiviti berkenaan pelaburan: dan

  9. e-dagang atau transaksi dalam talian.



Bagaimana maklumat persendirian saya diambil, dan adakah data privasi saya dilindungi?

  • Kewrganegaraan, umur dan status pelajar sepenuh masa anda akan disahkan melalui Pendaftaran Negara.

Jabatan (NRD) dan pangkalan data disediakan oleh Menteri Berkenaan. Tidak akan ada perkongsian data peribadi daripada JPN atau Menteri Berkenaan dengan penyedia servis e-dompet.

  • Sebarang kemusykilan tentang privasi data berhubung dengan penyedia servis e-dompet adalah tertakluk kepada polisi dan keperluan AKTA PERLINDUNGAN DATA. PERIBADI 2010 (PDPA)


Saya adalah peruncit luar talian yang tidak ada kemudahan pembayaran e-dompet. Adalah peserta program boleh berbelanja di kedai saya? Tidak. Oleh kerana itu, semua peruncit digalakkan untuk mengambil bahagian dengan platform penyedia servis e-dompet supaya peserta program ePemula boleh menggunakan kredit ePemula di kedai-kedai mereka


Bilakah saya boleh mendapatkan kredit ePemula RM150? Sekiranya anda menepati kriteria kelayakan dan berjaya disahkan di bawah proses eKYC, anda akan menerima kredit RM150.00 sekaligus yang akan dkeluarkan oleh e-dompet pilihan anda dalam masa 3 hari daripada tarikh permohonan.


Bilakah saya akan dapat insentif e-dompet daripada penyedia servis e-dompet yang mengambil bahagian? Ini adalah bergantung kepada kepelbagaian penyedia servis e-dompet. Sila rujuk butiran pengumuman kempen ini.


Mengapakah saya tidak boleh mendaftar? Sepanjang tempoh permohonan yang tinggi, kemungkinan akan ada kelewatan dalam proses pengkreditan ePemula RM150. Lebih baik anda berhubung dengan e-dompet secara terus untuk penerangan lanjut. Anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan, contoh: kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan. Maklumat hubungan e-dompet:

  1. BigPay: support.my@bigpayme.com atau ruang bualan dalam aplikasi

  2. GrabPay

  3. ShopeePay: help@support.shopee.com.my; dan

  4. Touch ā€˜n Go eWallet: https://tngd.my/careline-webform

Bagaimana untuk mengetahui saya sudah layak? Anda akan di menerima pemberitahuan daripada penyedia servis e-dompet pilihan anda selepas anda telah menghantar melalui layaran tebusan ePemula dengan e-dompet tersebut.


Adakah saya diberitahu sekiranya tidak layak? Ya, anda akan menerima pemberitahuan melalui penyedia servis e-dompet pilihan anda sama ada anda layak ataupun tidak.



Adakah ada proses pembatalan? Ya, akan ada proses pembatalan di mana anda boleh hubungi penyedia servis e-dompet tersebut mengatakan anda telah menghantar penebusan anda untuk bantuan seterusnya. Untuk penolakan disebakan ID tidak sah, anda perlu memberi maklumat lanjut untuk membantu proses resolusi pembatan ini.


Saya menyertai eBelia tahun lepas. Apakah perbezaan dengan ePemula? Sama seperti eBelia, ePemula adalah satu program kerajaan juga yang dimulakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk mengurangkan beban perbelanjaan belia dan menyokong perniagaan fizikal dalam pemulihan dan meningkatkan adaptasi transaksi tanpa tunai Perbezaannya ialah bagaimana anda menebus pulangan tunai. Untuk kali ini, matlamatnya adalah membuat lebih banyak transaksi luar talian. Dengan ini, anda boleh ke 7-eleven atau kedai fizikal yang lain, ambil barangan yang anda kehendaki, bayar dengan kad BigPay yang ada baki dan anda akan mendapat pulangan tunai. Secara alternatif, sekiranya kedai itu ada kod QR rasmi untuk perniagaan rasmi mereka, anda juga boleh mengesan dan bayar dengan kredit pulangan tunai anda secara terus! Perbezaan yang BESAR daripada tahun lepas di mana anda hanya dapat baucar Air Asia, tahun ini, kita akan dapat baucar bernilai RM1500 dan banyak lagi!


Saya perlu tunggu untuk kad fizikal sampai sebelum menggunakan ePemula? Tidak, anda tidak perlu menunggu kad fizikal anda untuk sampai. Anda boleh memohon ePemula dan boleh berbelanja kredit RM150 dengan menggunakan ciri QR DuitNow. Untuk ciri QR DuitNow, anda tidak perlu untuk tambah nilai akaun anda. Nota: Anda boleh menggunakan kredit ePemula dengan QR DuitNow sekiranya kedai itu adalah berdaftar. Ianya tidak layak untuk pengesanan QR terus ke akaun peribadi.


Adakah kad virtual membantu untuk ePemula? Tidak, kali ini ia tidak membantu. Ini kerana anda boleh menebus pulangan tunai melalui pembayaran QR atau pembayaran kad fizikal sahaja.


Saya juga mempunyai kredit pada layaran Ganjaran saya. Bagaimana ianya boleh berhasil dengan kredit ePemula di mana saya juga layak untuk gunakan? Sekiranya anda menyebut tentang ganjaran rujukan pulangan tunai, ianya akan menjadi transaksi yang sah untuk kedua-dua pulangan tunai, anda juga dapat pulangan tunai dari kedua-dua transaksi. Contoh: sekiranya anda membuat transaksi dengan kad di sebuah kedai tempatan Nike, dan kasut itu berharga RM100, anda kan dibayar balik dengan RM110 (kredit pulangan tunai yang diberi ialah 10%)


Adakah saya diberi ganjaran Pulangan Tunai Tanpa Had (Pulse) sahaja sekiranya saya juga layak kredit ePemula? Ya, tepat sekali. Untuk menggunakan Pulangan Tunai Tanpa Had, anda perlu ikuti langkah berikut:

  • Pergi ke Payments

  • Klik pada tab ePemula

  • Tekan butang ā€œPulse/Unlimited Cashbackā€, dan ia akan terus bawakan anda ke satu layaran laman web di mana anda boleh membeli apa sahaja di dalam senarai yang tertera and anda akan menerima pulangan tunai untuk pembelian anda.

Saya sudah melengkapkan pembelian dengan Pulse daripada aplikasi. Bilakah saya dapat menerima pulangan tunai ke dalam baki Big Pay saya? Anda sepatutnya menerima pulangan tunai dalam 90 hari terus kepada baki Big Pay anda.


Saya sudah berjaya memohon ePemula dengan BigPay tetapi saya tidak dapat lihat RM150 di dalam baki akaun saya. Apakah yang telah terjadi? Tidak perlu risau kredit ePemula RM150 anda ada di situ. Apa yang perlu anda buat ialah:

  1. Buka aplikasi Bigpay

  2. Klik pada tab ā€œPaymentsā€

  3. Klik pada dompet ePemula

  4. Anda sepatutnya boleh lihat baki ePemula anda dari situ.

Saya sudah mendaftar untuk ePemula pada eDompet X, bolehkah saya masih lagi mendaftar untuk ePemula di BigPay? Sebenarnya, anda hanya dibenarkan untuk mendaftar pada satu eDompet untuk baucar ePemula ini. Diharap gunakan baucar pada eDompet yang telah anda daftarkan.


Saya boleh dapat eBelia tahun lepas, mengapakah saya tidak boleh daftar untuk ePemula tahun ini? Anda hanya layak untuk ePemula sekiranya anda dilahirkan pada 2002-2004 atau anda adalah pelajar sepenuh masa pada satu IPT.


Bolekah saya mendaftar untuk ePemula sekiranya saya belajar di luar negara? Sekiranya anda dalam lingkungan umur, ianya boleh, akan tetapi anda tidak boleh menggunakan kredit itu kerana berada di luar negara, ianya hanya boleh digunakan di kedai fizikal sahaja.


Saya telah membuat pembayaran QR tetapi tidak dapat pulangan tunai. Bagaimana ia boleh terjadi? Kredit ePemula hanya layak untuk digunakan kepada kedai yang berdaftar. Sekiranya anda mengesan menggunakan QR DuitNow, sila pastikan ianya adalah kedai yang berdaftar dan bukannya akaun peribadi untuk menggunakan kredit ePemula tersebut. Sebagai contoh, sekiranya anda bayar kepada ABC, anda tidak boleh menggunakan kredit ePemula tersebut. Akan tetapi, jika anda bayar kepada ABC Sdn Bhd, anda boleh menggunakan kredit ePemula untuk pembelian

Saya menggunakan kod rujukan rakan saya untuk daftar Big Pay. Di mana saya boleh lihat RM20 ganjaran rujukan saya ?

Untuk ganjaran rujukan RM20, anda boleh semak di Settings> Cashback rewards. Baki dompet pulangan tunai anda sedia untuk dipaparkan di situ.


Saya membuat bayaran QR di bazar, tetapi tidak dapat kredit pulangan tunai. Kenapa ? Ini disebabkan anda mungkin menggunakan kredit pulangan tunai ePemula oleh pembayaran QR anda dibuat secara terus ke akaun peribadi dan bukannya akaun perniagaan rasmi.


Apakah kelebihan menggunakan ePemula melalui BigPay berbanding dengan eDompet yang lain Ianya mudah, BigPay adalah satu-satunya cebisan eDompet dari eBelia yang menawarkan kad untuk digunakan di 800,000 kedai di Malaysia, melalui dalam talian dan luar talian. Secara asasnya, anda boleh gunakan kad BigPay seperti kad bank yang lain. Ini memberikan anda kebebasan untuk belanja mengikut kepuasan anda - khusus untuk menyemak setiap perlakuan transaksi dana itu digunakan.


Bagaimana untuk menambah nilai untuk gunakan kad tetapi saya tidak perlu untuk menambah nilai menggunakan pengesan QR untuk gunakan baucar ePemula? Ini adalah kerana kredit pulangan tunai adalah berhubung terus dengan pembayaran QR dan digunakan untuk transaksi. Akan tetapi, untuk pembayaran kad, pertama kali anda perlu membuat tambah nilai dan baki mencukupi di dalam akaun BigPay untuk membuat transaksi dan akan dibuat bayaran balik secara terus.


Mengapakah saya perlu tambah nilai akaun BigPay sekiranya saya perlu menebus RM150 dari ePemula? ā€‹ Ini adalah proses pendaftaran yang biasa. Untuk dapatkan kad BigPay anda, anda perlu menambah wang kepada akaun anda. Ianya bukan yuran and boleh gunakan untuk perbelanjaan. Untuk memudahkan anda, kami merendahkan amaun minima kepada RM5 Tambahan pula, kamk memberikan RM20 secara percuma sekiranya anda daftar dengan kod promo PCEBELIABP. Dana ini akan dikreditkan secara automatik kepada baki akaun utama setelah anda aktifkan kad anda.


Saya membuat satu transaksi menggunakan satu baucar melalui kedai secara dalam talian. Mengapakah saya tidak dapat terima kredit pulangan tunai untuk transaksi itu. Untuk baucar itu, melalui transaksi dalam talian, anda tidak boleh menebus kredit pukangan tunai kerana kredit itu akan dibayar balik untuk transaksi luar talian dan pembayaran QR35


Saya sudah membuat pembelian menggunakan kad di sebuah kedai dan saya mempunyai baki dalam dompet ePemula, kenapa saya tidak dapat pulangan tunai?

Sila hubungi kami melalui ruang bual aplikasi dan ejen langsung kami akan bantu dari situ.

Written by

Tashya Viknesh

A seasoned, full-stack marketer with 7 years of experience in the beautiful world of digital marketing who has a love for writing.

šŸ‘‡ Follow my journey on my social media accounts šŸ‘‡

You might like these articles

Top 6 Ways BigPay Simplifies Your International Money Transfers

Top 6 Ways BigPay Simplifies Your International Money Transfers

1 month ago

Say hello to hassle-free international money transfers

Sabrina Loh

International Bank Transfers 101

International Bank Transfers 101

1 month ago

Whether you're sending money to family overseas, paying for goods or services, or investing in international ventures, understanding the basics is key.

Sabrina Loh