Jika anda sedar atau tak, skor kredit mempengaruhi segala aspek kehidupan anda. Lebih baik skor kredit anda, lebih kelebihan yang anda dapat di hujung jari seperti kadar faedah yang menarik untuk pinjaman kereta dan rumah dan mudah mendapat kelulusan kredit.
Skor kredit yang tidak baik boleh menghadapi kesan yang lebih besar. Bukan sahaja ianya menjurus kepada kadar faedah yang lebih tinggi dan pilihan pinjaman yang terhad, malah ianya akan melambatkan tempoh persaraan dengan mengenakan kos yang lebih tinggi pada masa mendatang
Satu cara boleh meningkatkan skor kredit ialah dengan pinjaman peribadi. Apabila digunakan dengan bertanggungjawab, pinjaman peribadi boleh bantu anda meningkatkan skor kredit.
Berapa banyak yang boleh saya pinjam?
Bagaimana pinjaman peribadi boleh tingkatkan kredit anda
Bila anda perlu fikirkan lagi dengan ambil pinjaman peribadi
Apakah pinjaman peribadi?
Pinjaman peribadi adalah pinjaman pengguna yang boleh digunakan untuk apa sahaja yang anda mahu. Sebagai contoh, pembiayaan perkahwinan idaman, buka syarikat, wang pendahuluan rumah dan pembayaran hutang kad kredit yang berlebihan
Ini adalah sangat berlainan dengan pinjaman pendidikan, pinjaman kenderaan, pinjaman perumahan yang hanya diterima untuk tujuan tertentu
Sama seperti pinjaman yang lain, wang yang anda pinjam mesti dibayar mengikut jangka masa tertentu dengan faedah. Anda boleh dapatkan pinjaman peribadi daripada bank tradisional, bank digital, kesatuan kredit ataupun pemberi pinjaman dalam talian.
Jenis Pinjaman Peribadi
Ada dua jenis pinjaman peribadi – Selamat dan tidak selamat
Pinjaman peribadi yang selamat memerlukan cagaran sebagai syarat untuk meminjam, sebagai contoh wang di dalam akaun simpanan, kereta ataupun hartanah. Ini membolehkan pemberi pinjaman untuk ambil cagaran itu sekiranya peminjam culas terhadap pinjaman
Pinjaman peribadi yang tidak selamat tidak memerlukan cagaran untuk meminjam wang tetapi dikenakan kadar faedah yang tinggi
Berapa banyak saya boleh pinjam?
Itu bergantung kepada skor kredit dan sejarah kredit anda.
Bank merujuk kepada laporan CCRIS anda untuk melihat sejarah kredit dan mendapatkan gambaran kepada pembayaran yang lepas. Laporan ini menyimpan sejarah kredit daripada semua penyedia servis kewangan di Malaysia untuk 12 bulan
Skor kredit (CTOS) untuk sebaliknya ialah 3 digit penilaian yang menilai kredit/kebolehan berdasarkan sejarah kredit anda.
Skor kredit yang tinggi membolehkan peluang anda untuk dapatkan kululusan pinjaman, di mana skor kredit yang tak bagus mempunyai risiko untuk pinjaman ditolak
Jadual di bawah menunjukkan penilaian skor kredit:
Semak skor CTOS anda di sini
Bagaimana pinjaman peribadi boleh meningkatkan kredit anda
Pinjaman peribadi yang dibayar dengan cara yang baik boleh bantu anda untuk tingkatkan skor kredit dalam pelbagai cara
Penyatuan hutang
Jika anda hutang kad kredit yang banyak, anda akan bayar faedah secara berasingan. Mengambil pinjaman peribadi yang lebih besar boleh menjelaskan hutang dengan satu pembayaran, faedah yang lebih baik dan tingkatkan skor kredit anda
Sebagai contoh, jika anda ada tiga baki pinjaman untuk tiga kad kredit, dengan buat tiga bayaran untuk setiap bulan, penyatuan hutang pinjaman peribadi membolehkan anda untuk pinjam wang dan bayar kesemua ketiga-tiga hutang sekaligus. Selepas itu, anda bayar semula semua pinjaman peribadi dengan satu bayaran setiap bulan dengan satu kadar faedah
Nisbah penggunaan kredit rendah
Nisbah penggunaan kredit ialah nisbah di antara berapa banyak anda pinjam dan berapa tinggi had kredit anda, dengan gabungan kesemua kad kredit anda
Semakin dekat anda maksimumkan kad kredit anda, semakin tinggi risiko anda, dan skor kredit anda lebih teruk
Dengan menggunakan pinjaman peribadi untuk menjelaskan semua hutang kad kredit anda, anda kosongkan baki kad kredit, supaya ianya nampak di dalam sistem anda menggunankan sedikit kredit yang diperuntukkan. Ini menjadikan anda lebih dipercayai kepada pemberi pinjaman dan bantu skor kredit anda
Namun begitu, untuk semua ini berlaku anda perlu bertanggungjawab dan terus rendahkan hutang kad kredit
Membina sejarah pembayaran
Bayar pinjaman peribadi secara ansuran yang tidak culas setiap bulan akan memberi kesan positif kepada skor kredit kerana ia akan menunjukkan kebolehan anda untuk menguruskan hutang dengan bertanggungjawab
Gabungan kredit yang baik
Jika anda punyai satu jenis kredit iaitu kad kredit, pinjaman peribadi boleh mempelbagaikan portfolio kredit, dengan ini boleh memantapkan lagi skor kredit
Pemberi pinjaman suka untuk lihat anda boleh menguruskan hutang, maka ianya akan memberi manfaat kepada anda untuk jangka masa panjang
Tempoh sejarah kredit
Tempoh sejarah kredit anda adalah salah satu faktor utama untuk membina profile kredit yang positif. Tempoh panjang sejarah kredit anda akan menunjukkan anda bertanggungjawab setiap masa, memantapkan skor kredit anda
Apabila anda patut fikir dua kali untuk mengambil pinjaman peribadi
Ambil pinjaman peribadi boleh bantu anda untuk meningkatkan skor kredit apabila digunakan dengan bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, terdapat caa yang bolehkan skor kredit anda terkesan
Ianya penting untuk memahami risiko sebelum memohon
Lewat bayaran
Seperti juga pinjaman yang lain, lewat bayaran boleh menjejaskan skor kredit anda. Lebih lewat bayaran dan lebih banyak anda terlepas tarikh bayaran, lebih teruk kesannya kepada skor anda
Peroleh lebih banyak pinjaman
Walaupun bila anda gunakan pinjaman peribadi untuk penyatuan faedah tinggi kad kredit, ianya sukar untuk menukar tabiat yang bawakan anda kepada masalah pada asalnya
Sebagai contoh, jika anda gunakan pinjaman peribadi untuk bayarkan semua hutang dalam kad kredit, tetapi caj lebih dalam kad kredit sekali lagi, anda akan hadapi had pinjaman kad kredit tambahan pula dengan pinjaman peribadi untuk dijelaskan
Siasatan yang sukar
Bila masa anda mohon untuk apa sahaja jenis kredit, pemberi pinjaman akan buat semakan kredit kepada anda. Ini akan akibatkan keputusan dalam ‘siasatan yang sukar’ kepada laporan kredit dan menyebabkan skor kredit akan menurun
Meskipun ini tidak akan bertahan untuk beberapa bulan, ini akan memudaratkan jika anda memohon banyak pinjaman peribadi dan akhirnya anda akan menghadap lebih banyak siasatan
Yuran yang mahal
Pastikan anda baca risalah untuk memahami apa yuran yang berkaitan dengan pinjaman untuk mengelakkan pengaburan. Adanya skor kredit yang biasa atau rendah boleh menyebabkan anda dikelaskan sebagai peminjam yang berisiko tinggi, maka lebih banyak yuran yang terakru
Pinjaman Peribadi BigPay
Sebagai satu bahagian daripada misi untuk membuatkan perbankan ebih mudah akses kepada semua orang, kami telah melancarkan pinjaman digital yang pertama di Malaysia, di mana akan menghapuskan kemudahkan memohon untuk pinjaman peribadi tradisional
Tidak perlu beratur panjang di bank dengan dokumen yang mengelirukan. Muat turun aplikasi kami dan klik mohon untuk dapatkan pinjaman dimasukkan pada aplikasi BigPay dengan hanya 5 minit
Kami janji anda akan suka
Lihat selanjutnya di sini
Pokoknya
Pinjaman peribadi boleh menjadi satu alat yang berkuasa apabila hendak memantapkan skor kredit anda, asalkan anda bertanggugjawab dalam membayarnya mengikut masa yang ditetapkan
Tetapi ingat untuk meneliti risiko yang terlibat dan bandingkan sebut harga daripada pemberi pinjaman untuk mencari satu pinjaman yang sesuai dengan keperluan anda
Written by
I’m Sabrina, a versatile writer with 7+ years of experience and I’ve been published by household names such as Tatler, Harper’s Bazaar, Mindvalley, and Cosme Japan.
1 month ago
For a limited time (until the 15th of September, 2024), every DuitNow QR merchant purchase made through the BigPay app earns you a chance to be one of the 150 lucky winners of a RM100 cash voucher, on us!
BigPay
3 months ago
Dreaming of exploring the vibrant cultures and stunning landscapes of Asia? BigPay's Save to Travel Stash can help you turn those dreams into reality, and even reward you for saving!
BigPay