Bigpay's Logo

Bagaimana kiraan Zakat?

Written by

Published 1 year ago

Bagaimana kiraan Zakat?


Ramadan telah tiba bermakna ini adalah musim untuk bersedekah dan memberi. Sekiranya anda terfikir untuk mengira Zakat, anda telah berada di tempat yang betul!


Apakah itu Zakat?

Zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam dan memerlukan semua umat Islam untuk menyalurkan 2.5% derma daripada kelayakan kekayaan setiap tahun mengikut kategori tertentu.


Pengertian Zakat ialah untuk menyucikan dengan menyalurkan sebahagian harta kekayaan kepada golongan yang memerlukan, ianya mengajar umat Islam untuk mengorbankan sebahagian daripada harta, dan seterusnya menyucikan ia dan mendapat rahmat Allah swt.


Siapakah yang layak menerima Zakat?


Terdapat 8 kategori golongan atau badan yang layak menerima faedah daripada Zakat:


  1. Golongan miskin

  2. Golongan memerlukan

  3. Saudara baru

  4. Penghutang

  5. Hamba (haruslah bebas)

  6. Faktor Islam

  7. Pengembara (Yang tersekat tanpa sumber seperti pelarian)

  8. Pengurusan Zakat


Bagaimana kiraan Zakat?


Langkah 1: Dapatkan jenis Zakat yang akan dikenakan kepada anda

  • Hampir semua umat Islam membayar Zakat Fitrah, di mana ia adalah harus untuk semua umat Islam di akhir Ramadan. Tujuan Zakat ini adalah membolehkan golongan miskin untuk menyambut Aidilfitri

  • Untuk sesiapa yang menjana pendapatan, anda bayar Zakat Pendapatan dan/atau Zakat Perniagaan.

  • Jika anda punyai simpanan, anda bayar Zakat Simpanan dan/atau Zakat KWSP

  • Jika anda punyai aset atau pelaburan, anda bayar Zakat Emas dan/atau Zakat Pelaburan dan/atau Zakat Saham

Langkah 2: Pengiraan jumlah harta anda


Apa sahaja daripada tunai, simpanan, aset, hartanah, barang berharga seperti emas dan perak, bon, saham, pencen, pinjaman kepada sesiapa ladang dan hasil ternakan dan sebagainya dikira apabila mengira jumlah harta anda.


Langkah 3: Kenalpasti harta yang perlu di-Zakatkan

Jumlahkan perbelanjaan keperluan anda dan tolakkan daripada jumlah harta anda. Baki itu bersamaan dengan harta yang perlu dizakatkan.


Langkah 4: Semak tahap kehitungan Nisab

Nilah zakat Nisab adalah tahap minima diperlukan untuk individu yang layak untuk bayar Zakat setiap tahun. Nilai ini berubah setiap tahun, maka anda perlu semak maklumat terkini.


Jika harta yang dizakatkan menyamai or melbihi nilai Nisah, anda layak untuk membyar Zakat.


Langkah 5: Kiraan berapa banyak Zakat yang anda perlu bayar

Harta dizakatkan x 2.5% = Jumlah Zakat yang dihutang untuk tahun tersebut


Bagaimana untuk membayar Zakat

Terdapat banyak cara untuk membayar Zakat, seperti melalui pejabat pos, eZakat, bank, agen bertauliah, cawangan Lembaga Zakat dan banyak lagi


Berita baiknya adalah, anda juga boleh membayar zakat melalui BigPay dan mengumpul mata ganjaran airasia untuk setiap RM10 yang anda belanjakan untuk tebus diskaun utama pada penerbangan airasia dan ganjaran selepas ini.


Menderma dengan BigPay


How To Calculate Zakat

Ramadan mengajar kita untuk lebih prihatin kepada yang tidak bernasib baik. Dengan mengambil bahagian dalam amal jariah, kita belajar untuk lebih bersyukur dengan apa yang kita ada dan bagaimana kita buat kehidupan orang lain lebih baik dengan keikhlasan.


Disebabkan itu kita bekerjasama dengan Ikhlas, satu inisiatif badan derma digital yang membolehkan individu dan organisasi untuk memberi kepada yang memerlukan pada bulan Ramadan. Derma kepada Ikhlas akan digunakan untuk menyokong golongan yang tidak bernasib baik, termasuklah keluarga susah, pelarian dan organisasi yang tidak berasaskan keuntungan yang mengurus rumah anak yatim dan orang-orang tua


Beri mengikut kemampuan anda melalui BigPay dan dapatkan ganjaran untuk setiap pendermaan di sini. 🥰

On this page

Apakah itu Zakat?

Siapakah yang layak menerima Zakat?

Bagaimana kiraan Zakat?

Langkah 1: Dapatkan jenis Zakat yang akan dikenakan kepada anda

Langkah 2: Pengiraan jumlah harta anda

Langkah 3: Kenalpasti harta yang perlu di-Zakatkan

Langkah 4: Semak tahap kehitungan Nisab

Langkah 5: Kiraan berapa banyak Zakat yang anda perlu bayar

Bagaimana untuk membayar Zakat

Menderma dengan BigPay

Back to top

Written by

Sabrina Loh

I’m Sabrina, a versatile writer with 7+ years of experience and I’ve been published by household names such as Tatler, Harper’s Bazaar, Mindvalley, and Cosme Japan.

👇 Follow my journey on my social media accounts 👇

You might like these articles

Top 6 Ways BigPay Simplifies Your International Money Transfers

Top 6 Ways BigPay Simplifies Your International Money Transfers

1 month ago

Say hello to hassle-free international money transfers

Sabrina Loh

Sending money home? Here’s how BigPay can help you!

Sending money home? Here’s how BigPay can help you!

3 weeks ago

Did you know that one in nine people are supported by funds sent home through remittance? 😮

Bigpay